Searching...
12:16 PTG 0

Lagi 3 foto artis-artis malaysia sambut Parti Halloween

Susulan Parti Halloween yang disertai beberapa artis malaysia baru-baru ini, ada forumer di mforum.cari memberikan luahan sedih berikut :-

"Sedih chuolz bangsa eropah berhalloween bangsa asia susur galur melayu jawa boyan kedah klantan siam pattani menganut agama samawi islam + bangsa2 lain di asia africa sibuk nak berkostum pelbagai.. Nak celebrate pun tak tahu. Janji orang putih buat dia pun bergigihan mahu buat sama, dengan harapan orang 'errr hilir nya family uols..'

tapak kaki lah selayaknya. Komen ini juga dituju kepada non muslim cina bukit cina prc india pari india brahmin rohingya thailand pinoys dan sebagainya."

Komen-komen lain pula korang boleh baca sendiri di forum berkenaan. Jom lihat tiga keping gambar menarik sekitar sambutan parti berkenaan.






10:02 PG 0

Giliran Erra Fazira Official Fanpage dihack

Giliran Erra Fazira Official Fanpage dihack - Selepas fanpage Nur Fazura dihack beberapa hari lalu, tiba giliran Erra Fazira Official Fanpage di laman Facebook pula dihack. Kerja siapa la agaknya ni. Dah macam trend artis pula akaun laman sosial dihack.

Berita ini diperoleh menerusi laman Instagram Erra sendiri yang meminta pengikut dan peminatnya untuk unlike page berkenaan.

Kalau nak tahu, ada satu post yang menunjukkan suatu yang mustahil akan dimuat naik atau dikongsi oleh Erra. Apalah orang sekarang ni. Tak suka duduk diam agaknya. Dah banyak sangat kemahiran dan ilmu macam ni pula jadinya, hmmm.

 Semoga para hackers sekalian akan sedar daripada kesilapan yang anda lakukan. Baru je suka-suka tengok Gambar pose anak Erra Fazira Meletop, timbul pulak pasal berita yang tak gembira macam ni. Semoga Erra Fazira tabah dengan dugaan ini.




p/s : Semua screenshot dan tulisan artikel milik penuh BLOG GOSIPMALAYSIA

7:41 PG 0

Fesyen ketat Siti Nurhaliza tampil mengancam dengan baju kurung

Sejak mengambil keputusan untuk berhijab penuh pada Januari tahun lalu, penampilan Dato' Siti Nurhaliza tampak semakin cantik dan anggun pada pengamatan kami.

Tanpa terpengaruh dengan fesyen-fesyen singkat yang sering ditampilkan kebanyakkan artis lain, Siti lebih selesa untuk menggayakan baju-baju kebaya yang tidak begitu ketat untuk disesuaikan dengan tudung labuh rekaannya.

Bagaimanapun, penampilan Datuk Siti Nurhaliza untuk menghiasi muka depan majalah Media Hiburan baru-baru ini agak berbeza. Beliau tampil dengan baju kurang ketat mengikut bentuk yang amat mengancam sehingga menyerlahkan kejelitaannya.



11:33 PTG 0

Gambar Siti Saleha di Halloween Party yang menyeramkan

Nampaknya, Halloween Party yang biasa disambut di negara Eropah kini mula mendapat tempat di kalangan artis-artis Malaysia dewasa ini.

Tahun lepas sahaja, ramai artis turut terlibat sama dan tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama berseronok di dalam parti ini. Tak percaya, korang tengok sendiri gambar Siti Saleha di bawah. Memang seram pula di buatnya, tak gitu?


9:03 PTG 0

Ceramah Ustaz Azhar Idrus di Dataran Ilmu, Kelantan menakjubkan

Ceramah Ustaz Azhar Idrus di Dataran Ilmu, Kelantan menakjubkan - Biarpun dikaitkan dengan video seks individu mirip beliau, namun penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) tetap menjadi perhatian dan diterima masyarakat.

Ini terbukti apabila kuliah Jumaat yang disampaikan beliau di Dataran Ilmu mendapat sambutan hebat daripada rakyat Kelantan dengan kehadiran hampir 10,000 peminat dari seluruh pelosok negeri itu.

Bagaimanapun usaha Sinar Harian untuk mendapatkan penjelasan UAI berhubung video seks yang tersebar di laman sosial Facebook baru-baru ini gagal, setelah dihalang pihak keselamatan.

Baru-baru ini peminat UAI digemparkan dengan penyebaran sebuah rakaman video memaparkan adegan di atas katil membabitkan seorang lelaki mirip beliau dengan seorang wanita - SINAR HARIAN.